8:00 PM

Jualan Kambing

Posted by Syam Ghaz |

MYAGRO-VET ditadbir oleh seorang Dr Veterinar yang menguruskan segala aktiviti berkaitan syarikat. Kami membekalkan baka kambingterbaik dari spesis Anglo Nubian, Boer, Saanen, British Alpine dan Toggenberg.

Kandang utama MYAGRO-VET bertempat di Pasir Puteh, Kelantan. Dan kami mempunyai 2 kandang transit iaitu di Rantau Panjang dan Kota Bharu dengan setiap satu berkapasiti boleh memuatkan lebih 250 ekor kambing pada satu masa.

MYAGRO-VET juga menyediakan servis yang terbaik dengan setiap urusniaga jual-beli dilaksanakan dengan menyediakan perjanjian bertulis, khidmat nasihat & perubatan veterinar, permit perjalanan yang sah, analisis penyakit setiap haiwan ternak dan perkhidmatan penghantaran terus ke kandang pembeli.

Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan, perbandingan sistem yang dijalankan oleh MYAGRO-VET berbanding sistem konvesional dan harga yang paling kompetatif di pasaran semasa.

MASA

AKTIVITI

BAYARAN

CATITAN

PENGESAHAN

Minggu 1

Tempahan awal

20 % - Deposit

Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami.

20 % bayaran adalah sebagai tanda komitmen pembeli terhadap proses urusniaga yang dijalankan.

Perjanjian adalah bercetak, ia bagi memastikan pelangan yakin dengan urusniaga yang kami jalankan.

Minggu 2

Pemilihan kambing

30 % - Sebagai tanda komitmen & persetujuan

Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami.

Kambing yang dipilih akan di’tag’ dan diasingkan.

Sampel darah bagi setiap ekor kambing akan diuji di Makmal JPV terlebih dahulu. Ia bagi memastikan kambing yang dibeli bebas daripada penyakit Brucella dan FMD. Sijil pengesahan bebas penyakit akan disertakan.

Permit perjalanan akan diproses dengan kerjasama JPV.

Tujuan kambing dikuarantin selama 2 minggu di kandang kami ialah bagi memastikan kambing bebas daripada penyakit, bersedia untuk travel, dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

20 % akan dipulangkan semula sekiranya kambing yang dipilih tidak memuaskan hati pelangan kami.

Minggu 4

Bawa balik

50 % - Memuktamadkan proses jual beli & selesai.

Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami.

Lori kosong dan lori yang diisi dengan kambing akan ditimbang dengan menggunakan penimbang elektronik.

Ia bertujuan memastikan bacaan timbangan adalah tepat, menjimatkan masa & tiada unsur penipuan.

Transkrip bacaan timbangan lori akan disertakan bersama.

Perkhidmatan lori adalah disediakan dan kami akan menanggung separuh daripada kos

pengangkutan.



PERBEZAAN ANTARA SISTEM KONVESIONAL & SISTEM MYAGRO VET

PERKARA

SISTEM KONVESIONAL

SISTEM MYAGRO-VET

Jaminan wang deposit anda selamat

Tiada

Ya

Perjanjian bertulis

Tiada

Ya

Keselamatan

Tiada

Ya

Permit

Tiada

Ya

Penyakit Brucella & FMD

Tidak pasti

Tiada

Unsur penipuan timbangan

Ya

Tiada

Jaminan kesihatan haiwan

Tidak pasti

Ya



JENIS SPESIS KAMBING

PURATA BERAT

HARGA

ANGGARAN HARGA MINIMUM

Anglo Nubian

20-25kg

RM16.50/kg

RM330/ekor

Boer F1 & F2

30-50kg

RM20-RM21/kg

RM600/ekor

Boer F3-F4

30-50kg

RM21-RM22/kg

RM630/ekor

British Alpine (susu)

30-70kg

RM21-RM22/kg

RM630/ekor

Saanen (susu)

30-60kg

RM21-RM22/kg

RM630/ekor

Toggenberg (susu)

30-50kg

RM21-RM22/kg

RM630/ekor















Saanen RM21/kg @ RM600+/ekor
Jamnapari Pejantan
Jawarandu Betina RM700/ekor
Boer RM21/kg @ RM500+/ekorAnglo Nubian RM16.50/kg @ RM275+/ekor


0 comments:

Subscribe