Pihak pengurusan MyAgro-Vet sedang mengusahakan satu sistem urusniaga jual beli yang lebih cekap, berkesan dan diyakini oleh semua para pelanggan kami. Justeru itu, pihak kami akan memperkenalkan konsep urus tadbir baik dalam semua peringkat urusniaga. Maka bagi urusan jual beli yang melibatkan pembelian yang melebihi RM10 ribu dan keatas untuk jualan-beli KAMBING adalah mesti mengikuti prosedur dibawah.
Ia bertujuan untuk memastikan proses urusniaga berjalan dengan SELAMAT, BEBAS UNSUR PENIPUAN, MENYAKINKAN, BEBAS PENYAKIT & MENGIKUT PROSEDUR UNDANG-UNDANG.
Berikut adalah prosedur yang ditetapkan:
MASA* | AKTIVITI | BAYARAN | CATITAN | PENGESAHAN |
Minggu 1 | Tempahan awal | 20 % - Deposit | Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami. | 20 % bayaran adalah sebagai tanda komitmen pembeli terhadap proses urusniaga yang dijalankan. Perjanjian adalah bercetak, ia bagi memastikan pelangan yakin dengan urusniaga yang kami jalankan. |
Minggu 2 | Pemilihan kambing | 30 % - Sebagai tanda komitmen & persetujuan | Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami. Kambing yang dipilih akan di’tag’ dan diasingkan. Sampel darah bagi setiap ekor kambing akan diuji di Makmal JPV terlebih dahulu. Ia bagi memastikan kambing yang dibeli bebas daripada penyakit Brucella dan FMD. Sijil pengesahan bebas penyakit akan disertakan. Permit perjalanan akan diproses dengan kerjasama JPV. | Tujuan kambing dikuarantin selama 2 minggu di kandang kami ialah bagi memastikan kambing bebas daripada penyakit, bersedia untuk travel, dan sentiasa berada dalam keadaan sihat. 20 % akan dipulangkan semula sekiranya kambing yang dipilih tidak memuaskan hati pelangan kami. |
Minggu 4 | Bawa balik | 50 % - Memuktamadkan proses jual beli & selesai. | Menandatangani dokumen jual-beli dan disaksikan peguam kami. Lori kosong dan lori yang diisi dengan kambing akan ditimbang dengan menggunakan penimbang elektronik. | Ia bertujuan memastikan bacaan timbangan adalah tepat, menjimatkan masa & tiada unsur penipuan. Transkrip bacaan timbangan lori akan disertakan bersama. Perkhidmatan lori adalah disediakan dan kami akan menanggung separuh daripada kos pengangkutan. |
* Minimum masa untuk urus-niaga jual beli adalah selama 3 minggu.
Jaminan servis kami adalah yang terbaik;
PERBEZAAN ANTARA SISTEM KONVESIONAL & SISTEM MYAGRO VET | ||
PERKARA | SISTEM KONVESIONAL | SISTEM MYAGRO-VET |
Jaminan wang deposit anda selamat | Tiada | Ya |
Perjanjian bertulis | Tiada | Ya |
Keselamatan | Tiada | Ya |
Permit | Tiada | Ya |
Penyakit Brucella & FMD | Tidak pasti | Tiada |
Unsur penipuan timbangan | Ya | Tiada |
Jaminan kesihatan haiwan | Tidak pasti | Ya |
Harga yang kami tawarkan ialah;
JENIS SPESIS KAMBING | PURATA BERAT | HARGA* |
Anglo Nubian | 20-25kg | RM16.50/kg |
Boer F1 & F2 | 30-50kg | RM20-RM21/kg |
Boer F3-F4 | 30-50kg | RM21-RM22/kg |
British Alpine (susu) | 40-70kg | RM21-RM22/kg |
Saanen (susu) | 30-60kg | RM21-RM22/kg |
Toggenberg (susu) | 30-50kg | RM21-RM22/kg |
* Harga yang kami tawarkan adalam mengikut timbangan berat & tiada istilah belian pukal dsbnya.

Diharapkan sistem baru yang kami amalkan memuaskan hati semua pihak dan menyakinkan pengguna untuk membeli kambing secara terus dengan kami. Terima kasih.
Bagi melihat ciri-ciri kambing, sila KLIK
0 comments:
Post a Comment